Seri Kasih

Info Kesihatan, Perkahwinan Dan Santapan Rohani
Statistics
Unique Visitors:
Total Unique Visitors:


Outgoing:
Total Outgoing:
287
0


18
396

Articles from Seri Kasih

Kelakian menurun pada awal usia 40-an
2008-07-25 11:28:00
Adakah anda seorang lelaki ber­umur sekitar 40-an dan mempu­nyai ciri fizikal seperti perut buncit dan masalah berat badan berlebihan? Setiap hari cepat letih, lesu dan mengantuk selepas makan malam serta tidak berselera mengadakan hubungan seks.Jika jawapannya `ya’, ini mungkin menunjukkan semangat kelakian anda semakin menghilang atau dari sudut kesihatan, penurunan testosterone, hormon penting dalam tubuh lelaki yang berfungsi mengekalkan kesihatan fizikal dan psikologi.Berbanding wanita yang ciri penua­an dapat dilihat melalui tanda seperti letih, lesu dan lemah serta paling pen­ting ialah haid tidak datang, tidak ada simptom yang tetap dan tepat untuk mengatakan lelaki mengatakan `saya putus haid’.Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby, menyifatkan keadaan ini menimbulkan dilema apabila lelaki yang berasakan semakin letih dan tidak berupaya, mencuba pelbagai cara untuk menonjolkan dirinya masih macho.Beliau berkata, kebanyakan wanita yang menghadapi masalah kesihat ...
Endometriosis melampau sebabkan kemandulan
2008-07-25 11:24:00
Lapisan dalaman rahim dipanggil endometrium. Kadangkala, lapisan sedemikian berada di luar kawasan rahim, di mana-mana di rongga abdomen, ini dipanggil endometriosis.Endometriosis boleh menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa kedatangan haid. Darjah kesakitan ini berbeza-beza di antara individu. Endometriosis yang melampau boleh menyebabkan kemandulan.*Endometrium‘‘Lapisan dalaman rahim dipengaruhi oleh perubahan hormon wanita bulanan, lazimnya kitaran hormon ini selama 28 hari. Pada awalnya, endometrium menebal dan tumbesarannya bertujuan sebagai penyediaan terhadap kehadiran janin.‘‘Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, endometrium menipis dan gugur sebagai darah haid.‘‘Perubahan secara berkala bulanan ini dirangsang oleh hormon estrogen dan progesteron yang dikeluarkan oleh ovari,’’ kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor.Apa itu endometriosis?Apabila tisu yang sepatutnya berada di dalam rahim, t ...
Senaman kemut atasi masalah pundi kencing
2008-07-25 11:15:00
Wanita yang sihat bukan saja membahagiakan dirinya sendiri tetapi keluarga, tetapi faktor usia, melahirkan anak selain hormon, gaya hidup dan ditambah sikap tidak suka bersenam, seseorang wanita akan berhadapan pelbagai masalah kesihatan berkaitan otot pelvis (atau disebut otot PC - pubococcygeus)Sesetengah wanita berpendapat kaedah terbaik mengatasi masalah itu adalah menerusi pembedahan. Bagaimanapun sebelum berbuat demikian pelbagai perkara harus difikirkan termasuk keinginan mendapatkan anak dan otot pelvis lain mungkin terjejas.Justeru, langkah pertama yang harus anda fikirkan adalah bersenam dan mulakan segera.Sesetengah orang memahami senaman lantai pelvis khusus untuk nikmat seksual dan terhad kepada wanita saja. Sebenarnya senaman lantai pelvis atau dikenal juga sebagai senaman kegel bermula sebagai senaman untuk wanita yang berhadapan dengan masalah terkucil atau gagal mengawal air kencing selepas melahirkan anak. Ia senaman khusus untuk menguatkan otot pelvis dan lelaki juga ...
Berjalan baik untuk kesihatan sendi
2008-07-25 11:08:00
Hani suka berjalan kerana beliau tahu senaman baik untuk kesihatan, bukan saja secara fizikal, tetapi juga secara mental dan emosi. Beliau meluangkan masa untuk berjalan selepas kerja, setiap minggu sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali.Kebelakangan ini, beliau kurang bermotivasi untuk bersenam. Selain memikul beban di tempat kerja, beliau juga seorang ibu yang baru melahirkan anak. Jadual waktunya padat kerana perlu menjaga anak di samping bekerja. Selepas melahirkan anak, berat badan Hani bertambah sebanyak 5kg. Beliau tidak dapat mengurangkan berat badan akibat gaya hidup yang tidak aktif. Tingginya 160cm tetapi berat badan 70kg.Ramai ahli keluarga dan rakannya yang berumur 50 hingga 60-an mengalami masalah kesihatan, osteoartritis adalah penyakit yang paling biasa akibat pemakanan tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak aktif sejak muda. Faktor risiko umum kepada osteoartritis ialah obesiti dan penuaan.Kajian membuktikan senaman berperanan dalam mencegah dan memulih masalah oste ...
Testosteron merosot dinginkan seks
2008-07-25 11:06:00
SOALAN:Saya berusia pertengahan 30-an dan telah pun mendirikan rumah tangga. Saya pernah mendengar bahawa paras testosteron boleh menjejaskan kualiti hubungan intim di kalangan lelaki.Selain itu saya juga berminat dengan suplemen herba yang dikatakan boleh membantu masalah kemerosotan fungsi seks. Bolehkah diterangkan serba sedikit mengenai masalah ini?Jawapan:Testosteron adalah hormon yang bertanggungjawab kepada pembentukan perwatakan lelaki seperti perkembangan genital, kalenjar prostat, otot-otot, pertumbuhan bulu badan seperti janggut dan bulu pada bahagian badan yang lain.Paras hormon ini mencapai tahap puncak pada usia 20 hingga 30 tahun.Seiring peningkatan usia, paras testosteron juga boleh menurun namun tidak secepat hormon estrogen yang dialami oleh wanita menopaus. Kejatuhannya adalah lebih perlahan dan stabil.Di kalangan golongan muda kekurangannya boleh menyebabkan beberapa keadaan seperti perkembangan otot yang lemah, perkembangan buah dada, menjejaskan suara, pertumbuhan ...
Lelaki cedera saraf tunjang masih mampu berzuriat
2008-07-25 10:53:00
Oleh: ROSMAH DAINAWAS kepada golongan lelaki, khususnya yang gemar melakukan aksi-aksi lasak. Kecederaan saraf tunjang boleh memberi kesan kepada keadaan fizikal dan psikologikal anda.Bukan setakat itu sahaja, tahap dan jenis kecederaan itu juga turut memainkan peranan dan kesan yang teruk ke atas kemampuan kelelakian.Rupa saraf tunjang seperti tiub yang terletak di dalam tulang bahagian belakang badan menganjur dari atas ke bahagian bawah secara selari.Saraf tunjang boleh tercedera apabila seseorang itu terlibat dalam kemalangan, seperti terjatuh dari tempat tinggi atau tercampak ketika menunggang motosikal.Akibat kecederaan saraf tunjang individu berkenaan tidak boleh menggerakkan lagi anggota-anggota seperti kaki dan tangan. Bergantung kepada aras kecederaan ia boleh ditakrif sebagai lumpuh.Risikonya mereka hanya mampu terbaring sahaja, segala pergerakan perlu dibantu dan untuk bergerak mereka perlu menggunakan kerusi roda.Tragedi saraf tunjang yang cedera ini sebenarnya boleh menim ...
Pentingnya mengurus emosi
2008-07-25 10:45:00
Oleh Idris MusaALAM rumah tangga ibarat belayar di samudera, dalam tempoh perjalanan yang belum pasti itu, tentu menghadapi pelbagai pancaroba dan ujian.Ibarat gigi dan lidah, suami isteri tidak dapat lari daripada berselisih faham namun dalam sesetengah kes, ia berpanjangan dan memberi impak kepada rumah tangga.Mulanya, mungkin masalah rumah tangga membabitkan soal remeh-temeh tetapi apabila bercampur aduk dengan emosi dan ego, ada yang gagal mengharungi ujian sepanjang perjalanan itu.Justeru, apabila persengketaan tidak dapat diselesaikan, kebanyakan pasangan memilih jalan 'cerai'.Apakah cerai penyelesai masalah rumah tangga atau jalan terakhir?Walaupun Islam membenarkan manusia melafazkan perkataan cerai tetapi Allah amat benci kepada mereka yang bercerai-berai.Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata dalam kehidupan rumah tangga, perselisihan dan persengketaan memang lumrah.Beliau berkata, ia proses semula jadi bagi membolehkan pasangan saling mengenali.Ia mungkin mengambil ma ...
Kanser prostat: Tanda, keadaan dan rawatan
2008-07-25 10:44:00
PengenalanTahap keseriusan kanser prostat boleh menentukan sejauh mana kanser tersebut telah merebak. Pengetahuan tentang tahap keseriusan kanser ini membolehkan doktor pakar menentukan rawatan yang sepatutnya dijalani oleh pesakit tersebut.Tanda-tanda awal kanser prostatKanser prostat di peringkat awal sering kali tidak menunjukkan apa-apa gejala. Apabila tanda-tandanya muncul, ia mungkin melibatkan beberapa masalah berikut:* Sering membuang air kecil terutamanya pada waktu malam* Kesukaran sewaktu mula membuang air kecil atau air kencing yang tertahan* Tidak boleh mengeluarkan air kencing* Aliran air kencing yang lemah atau tersekat-sekat* Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing* Terasa sakit ketika air kencing keluar* Terdapat darah dalam air kencing atau air mani* Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang, atau paha.Bagaimana cara mengesan kanser prostat:Kanser prostat dapat dikesan dengan menjalani pemeriksaan prostat melalui rektum ...
Uji darah elak warisan talasemia
2008-07-25 10:42:00
Doktor,BARU-BARU ini saya ada menonton iklan di televisyen yang menyarankan agar pasangan yang ingin berkahwin melakukan ujian saringan darah bagi mengesan pembawa talasemia.Ia bertujuan mengelakkan mereka yang disahkan sebagai pembawa penyakit talasemia berkahwin sesama mereka lalu melahirkan anak-anak yang menghidap penyakit ini sekali gus menambah bilangan pesakit sedia ada.Saya juga difahamkan menerusi pembacaan di akhbar bahawa adalah dianggarkan tiga hingga lima peratus rakyat negara ini terdiri daripada pembawa talasemia, tetapi mereka tidak menyedarinya.Untuk pengetahuan doktor, saya juga akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan ini membuatkan saya tertanya-tanya, apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak menjalaninya?Saya harap doktor sudi menerangkan kepada saya serta para pembaca yang lain mengenai penyakit keturunan ini. Saya dahului dengan ucapan setinggi terima kasih.– NASUHA, Kubang Kerian, Kelantan-----------------------Nasuha,Talasemia merupakan satu ke ...
Cara Mengambil Pil Perancang
2008-07-25 10:38:00
Ramai wanita mengamalkan kaedah merancang keluarga menggunakan pil perancang. Ada berbagai-bagai jenis pil perancang di pasaran.Lazimnya pil perancang kombinasi iaitu yang mengandungi kedua-dua jenis hormon estrogen dan progestogen digunakan melainkan mereka yang masih menyusu ataupun mempunyai masalah penyakit seperti tekanan darah tinggi.Oleh itu seseorang wanita yang ingin mengambil pil perancang perlu berjumpa dengan doktor sebelum memulakannya supaya kesesuaian dapat dikenal pasti dan nasihat yang tepat dapat diberikan.Wanita yang berumur melebihi 35 tahun dinasihatkan mengambil pil perancang yang mengandungi kadar estrogen yang lebih rendah iaitu 20 microgram ethinyloestradiol.Pemeriksaan tekanan darah perlu dibuat serta pemeriksaan ujian pap smear. Wanita yang mempunyai masalah seperti lemah jantung atau barah payu dara tidak boleh mengambil pil perancang jenis ini.Pil perancang kombinasi bertindak melalui beberapa cara iaitu:1. Menghalang proses ovulasi dengan menghalang pembes ...
Herba atasi masalah seksual
2008-07-25 10:37:00
Muira PuamaMuira puama, nama saintifiknya, Liriosma ovata, adalah tumbuhan belukar dari Brazil. Secara tradisional, batang dan akar tumbuhan itu digunakan sebagai tonik sistem saraf serta remedi kepada masalah mati pucuk dan kelemahan tenaga batin.Kini, ia terkenal sebagai perangsang nafsu seks dan digunakan untuk mencegah masalah mati pucuk. Pada tahun 1930, herba ini mula digunakan di Eropah. Selaras dengan kejayaan sildenafil (viagra), muira puama turut dipromosikan sebagai herba viagra. Keberkesanannya diperakui oleh Brazilian Pharmacopeia of 1956.Pada 1990, Institut Seksualogi di Paris, Perancis menjalankan kajian terhadap 262 pesakit yang mengalami masalah kurang nafsu seks atau kesukaran mengekalkan ketegangan zakar. Muira puama diberikan setiap hari dalam tempoh dua minggu.Keputusannya menunjukkan 62 peratus pesakit yang mengalami masalah kurang nafsu seks menunjukkan perubahan positif, malah 51 peratus pesakit yang gagal mengekalkan ketegangan juga mendapati herba itu bermanfa ...
Gubahan mas kahwin
2008-07-25 10:35:00
Dalam perkahwinan mahar atau mas kahwin adalah sunat sebagai pemberian suami untuk dimanfaatkan si isteri. Pemberian mas kahwin berbentuk wang disebut ketika upacara akad nikah.Mas kahwin terbahagi kepada dua jenis iaitu Musamma dan Misl. Maksudnya, Mahar Musamma ialah kadar yang ditentukan mengikut persetujuan antara dua pihak sementara mahar Misl pula ialah kadar ditentukan berdasarkan kadar mahar saudara perempuan sebelah isteri.Ia antara tanda penghargaan, tanggungjawab dan kasih sayang suami terhadap isteri. Wang berkenaan boleh dibayar secara tunai atau hutang mengikut persetujuan dua pihak. Biasanya, selepas tepak sirih dan sirih junjung, mas kahwin dibawa bersama hantaran lain.Pelbagai jenis hiasan dibuat bagi mencantikkan hantaran mas kahwin seiring dengan hantaran lain. Ada yang hanya melekatkan wang mas kahwin di dalam album gambar, digubah menjadi bunga pegang serta lebih kreatif dibuat gubahan jambangan bunga.Teknik dan taktik gulungan wang kertas perlu betul bagi mengelak ...
Cara berpantang masyarakat Melayu
2008-07-25 10:32:00
Berpantang yang diamalkan dalam masyarakat Melayu, Cina dan India lebih kurang sama kerana tumpuan lebih kepada aspek pemakanan. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran tertentu sepatutnya dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan badan berasa sejuk, lantas menyebabkan tubuh menjadi ‘tidak kuat’ pada waktu tua.Selain menitik beratkan aspek pemakanan ada juga cara berpantang yang melarang mandi dan menyikat rambut atas alasan melindungi ibu dan bayi daripada kecelakaan. Ada banyak lagi amalan yang ‘diharamkan’ dilakukan ketika berpantang, tetapi sejak kebelakangan ini dipandang sepi masyarakat moden.Sungguhpun begitu secara ringkasnya berpantang bertujuan merehatkan tubuh badan dan memberikan kembali tenaga dan darah yang banyak hilang akibat proses kelahiran. Umumnya berpantang ini hanya membabitkan 44 hari atau sebulan lebih.Cara berpantang masyarakat Melayu:Urutan - bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan ...
Enam masalah kesihatan paling memalukan wanita
2008-07-25 10:29:00
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNANANDA tidak bersendirian. Umumnya, jutaan wanita di muka bumi ini hidup dengan rasa malu kerana masalah pembuangan air kecil yang kerap, peluh berlebihan, faraj berbau, angin dan beberapa masalah lain yang ‘sewaktu’ dengannya.Mereka langsung tidak mahu berbincang mengenainya. Fikir mereka, ‘‘Biarlah ia menjadi rahsia diriku seorang.’’Topik-topik yang ada kena-mengena dengan ‘tandas’ seperti terlalu kerap membuang air kecil, masalah pundi kencing, usus, datang bulan dan keputihan muncul keadaan yang paling memalukan kaum Hawa diikuti dengan masalah badan dan kemaluan berbau serta nafas yang kurang menyegarkan.Bagaimanapun, menutup mulut tentang isu-isu ini tidak lebih daripada satu perbuatan yang merugikan kerana untuk pengetahuan anda, terdapat sekian banyak rawatan yang ditawarkan di luar sana.Berikut digariskan enam masalah paling memalukan yang dihadapi oleh wanita. Turut dimuatkan alasan kenapa anda tidak perlu lagi berdiam diri berpeluk t ...
Diabetes menjejaskan kesihatan seksual
2008-07-25 10:28:00
SOALAN:Saya berusia lewat 40-an dan menghidap diabetes sejak 10 tahun yang lalu. Namun sejak kebelakangan ini, saya merasakan hubungan intim dengan isteri tidak lagi sehangat dulu.Ini kerana saya sukar untuk mencapai dan mengekalkan ereksi. Adakah ia berkaitan dengan diabetes yang saya alami? Apakah ia masih boleh diatasi? Tolong jelaskan.Jawapan:Diabetes merupakan antara masalah kesihatan utama yang menjejaskan kesihatan seksual lelaki. Semakin lama seseorang itu menghidap diabetes, maka semakin tinggi risiko untuk mendapat disfungsi erektil.Ada kajian menjangkakan mereka yang menghidap diabetes yang tidak terkawal berisiko mengalami disfungsi erektil sehingga 10 tahun lebih awal berbanding dengan mereka yang normal.Peratusan pesakit diabetes yang mengalami mati pucuk adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki biasa. Ini kerana mereka yang mengalami diabetes cenderung untuk mengalami kerosakan saraf.Kerosakan saraf ini akan turut menjejaskan pengaliran darah ke bahagian an ...
[First] « Prev 1 2 Next » [Last]


5341 blogs in our database.
Statistics resets every week.
eXTReMe Tracker