Laman Web Rasmi SK Taman Permata, Gombak, Selangor

Kunjungi laman web sekolah kami yang mengandungi blog, permainan/games, ruang sembang/shoutbox, ebook percuma, video, jukebox, galeri gambar dan banyak lagi. Ikuti perkembangan aktiviti terkini sekolah ini. Kami mengemaskini data hampir setiap hari.
Statistics
Unique Visitors:
Total Unique Visitors:


Outgoing:
Total Outgoing:
0
0


8
228

Articles from Laman Web Rasmi SK Taman Permata, Gombak, Selangor

Kami Mengharapkan Sokongan
2008-01-27 00:11:08
Alhamdulillah, berakhir dua majlis yang dianjurkan sekolah walaupun agak mengecewakan. Mengecewakan kerana sikap sebilangan besar ibubapa yang masih ditakuk lama apabila pihak sekolah atau PIBG mengadakan sesuatu aktiviti atau majlis tetapi sambutannya dingin. Malah lebih mengecewakankan apabila majlis interaksi yang mensasarkan ibubapa/penjaga pelajar tahun 4, 5 dan 6 yang sepatutnya menjanjikan kehadiran sehingga melimpah ruah dewan, hanya kelihatan separuh kerusi yang disediakan masih kosong sehingga selesai majlis interaksi tersebut. Majlis tersebut diadakan oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan anak². Malah sesuai dengan tema majlis iaitu “Ibubapa Cemerlang Anak Gemilang”. Ke mana perginya ibubapa/penjaga yang lain? Takkan semua yang tidak hadir itu dikekang oleh kesibukan yang sukar dielak? Namun demikian, rasa terkilan kami (pihak sekolah dan AJK PIBG) terubat sedikit bila bermulanya majlis forum keibubapaan yang dipanelkan oleh Ustaz Wan Akasyah Wan Abdul Hamid ...
Murid Bermotivasi Selepas PMD
2008-01-12 08:41:09
Program Maju Diri (PMD) yang dijalankan selama seminggu telah berakhir. Harapan kami agar semua murid yang terlibat akan mempertingkatkan keazaman dan bermotivasi tinggi untuk menghadapi sesi pembelajaran sepenuhnya mulai minggu hadapan. Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling ini dijalankan berdasarkan modul yang telah disusun mengikut tahap murid. Kumpulan besar dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu modul tahun 4, modul tahun 5 dan modul tahun 6. Guru memainkan peranan sebagai koordinator dan fasilitator. Berikut beberapa gambar aktiviti PMD yang telah dijalankan (untuk mendapatkan gambar penuh, sila ke ruangan Galeri Gambar):   Like What You Read? Subscribe Now For Updates!   Lagu Sekolah :   Share This ...
Persekolahan 2008 Bermula
2008-01-03 09:19:22
Alhamdulillah, selesai sudah sesi pendaftaran murid pada 2 Januari dan hari ini persekolahan bermula seperti yang dirancangkan, cuma beberapa masalah kecil yang sukar dielakkan. Maklum la, hari pertama sekolah…. Apapun, keadaan masih lagi dalam penyesuaian terutamanya kepada murid tahun satu yang memulakan alam persekolahannya hari ini. Harapan saya selepas ni tak ramai ibubapa/penjaga yang terpaksa menunggu anak sehingga masa persekolahan tamat. Moga² semua murid tahun satu akan dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Baiklah, jika anda berminat untuk lihat gambar sepanjang sesi pendaftaran dan hari pertama sekolah 2008, saya sertakan di sini…   Like What You Read? Subscribe Now For Updates!   Lagu Sekolah :   Share This ...
Azam 2008
2007-12-30 05:29:48
Berjumpa lagi. Nampaknya tirai 2007 hanya menunggu masa untuk dilabuhkan. Maka kita menunggu kehadiran 2008 yang cukup mendebarkan nanti. Sudahkah anda melaksanakan azam tahun 2007? Sudahkah anda sebagai seorang pelajar mencapai target pencapaian yang diimpikan? Tidak mengapa jika tidak semuanya mencapai 100% apa yang kita sasarkan untuk tahun ini, yang penting usaha dilakukan. Jangan hanya masuk tahun baru kita berazam tapi apa pun kita tidak berusaha mencapainya. Jika hari ini lebih baik dari hari semalam, dia adalah orang yang cemerlang. Jika hari ini sama seperti hari semalam, dia adalah orang yang terpedaya. Jika hari ini lebih teruk dari hari semalam, dia adalah orang yang celaka dan gagal. Jadi teruskan berazam, dan cuba capai apa yang diimpikan dengan melakukan usaha yang berterusan. Jangan lupa sentiasa memohon daripada Tuhan yang esa. Alhamdulillah, setelah lama bercuti, guru² sudah mula kembali ke sekolah. Bermula 26 Disember yang lepas, semua guru SKTP hadir untuk pelbagai ...
Jumpa Lagi Pada Persekolahan 2008
2007-11-28 09:36:47
Tentu seronok pelajar² dan cikgu² bercuti. Apa agaknya pengisian anda? Dah lama tak mencatat di sini kerana sekolah cuti, dan kerana itu tiada aktiviti terkini berlaku di sekolah. Cuma sekalung tahniah buat Adik Nur Raudhah yang mendapat anugerah pemidato terbaik baru² ini, begitu juga kejayaan pihak sekolah dan PIBG. Anda boleh rujuk kejayaan tersebut di laman web sekolah. Bagi calon UPSR 2007, sudah tentu sibuk mengisi pelbagai borang atau mendapatkan cop sekolah atau guru besar untuk sijil dan sebagainya. Saya harap, bijaklah membuat pemilihan sekolah nanti kerana keselesaan adalah lebih penting. Tidak semua pelajar sesuai tinggal di asrama dan begitulah sebaliknya. Ibubapa yang mempunyai sebarang pertanyaan tentang pelantikan anak² seperti pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan, pembelian buku, buku teks, pembayaran dan sebagainya, sila hubungi pihak pentadbiran sekolah (03-41077259). Selamat bercuti dan selamat hari raya aidil adha. Jumpa lagi pada persekolahan tahun 2008 ...
Aktiviti Kemuncak
2007-11-17 05:36:56
Sepanjang minggu terakhir sekolah cukup memenatkan dan sibuk. Pelbagai majlis dan aktiviti dijalankan. Segala kerja mesti diselesaikan sebelum cuti persekolahan penggal akhir ni. Namun demikian, kesabaran dan kesungguhan guru² tidak pernah padam dan segala aktiviti dijalankan dengan lancar. Antara peristiwa dan aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu terakhir ialah Hari Anugerah Pelajar Cemerlang & Graduasi Prasekolah, Penutupan Bacathon 2007, Jamuan Makan Malam Akhir Tahun BKSGK (Badan Kebajikan Sosial Guru & Kakitangan), Sambutan Hari Kanak² Peringkat Sekolah, jamuan kelas, keputusan UPSR dan Ujian Diagnostik & Taklimat untuk ibubapa tahun 1 & prasekolah 2008. Keterangan gambar : Sesi fotografi murid prasekolah. Keterangan gambar : Sesi bergambar tokoh pelajar bersama ibubapa masing². Keterangan gambar : Tokoh pelajar (dari kiri - Nur Raudhah, Nur Nadiah, Nurul Adani & Nur Asyikin). Keterangan gambar : Adik Nur Syazwan menerima hadiah utama sebuah basikal ...
Jamuan Kemuncak Sempena Raya
2007-11-09 11:33:27
Hari ini rezeki melimpah ruah. Dua jamuan hari raya diadakan pada hari ini, satu jamuan anjuran murid/guru tahun enam manakala satu lagi anjuran/sumbangan kantin sekolah. Hilang rasanya penat lelah guru² dalam proses menyiapkan segala data/rekod dan persiapan selepas peperiksaan dalam masa yang sangat padat dan singkat. Minggu depan sudah tentunya sibuk dengan persiapan untuk hari anugerah pelajar cemerlang. Keterangan gambar : Guru-guru membantu menyiapkan hidangan kepada murid. Oh ya, kembali kepada jamuan tadi… menu sebenarnya berbeza. Jamuan tahun enam menyediakan hidangan nasi tomato, manakala pihak kantin menyediakan hidangan sate, nasi, rendang ayam dan juga mi. Semuanya sedap dan enak. Keterangan gambar : Murid² tidak sabar menjamah hidangan yang sudah tersedia. Semua guru mengucapkan terima kasih kepada murid² tahun enam dan guru kelas, juga kepada pihak kantin yang bukan saja menyediakan hidangan makan, malah ada cabutan bertuah untuk guru². Keterangan gambar : ...
Rancang Program Masa Cuti Persekolahan
2007-11-07 20:09:35
Bersua kembali. Alhamdulillah peperiksaan telah selesai. Guru² sedang sibuk mengemaskini analisa peperiksaan untuk dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah dan persediaan untuk Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKTP 2007 yang akan diadakan pada 14 November nanti. Semalam baru saja selesai program lawatan sambil belajar khas untuk murid² tahun 6 (dan beberapa orang murid tahun 5). Tempat yang dilawati termasuklah Radio Malaysia Selangor, Muzium Telekom dan menaiki Eye On Malaysia. Keterangan gambar : Lubna & Amanina ditemuramah oleh DJ Radio 9 Selangor. Keterangan gambar : Murid sedang menunggu giliran untuk menaiki Eye On Malaysia. Cuti persekolahan sudah hampir, tentunya ibubapa telah merancang pelbagai aktiviti untuk pengisian kepada anak². Ada yang merancang untuk menghantar anak ke kelas² tertentu seperi kelas belajar berenang, kelas melukis dan sebagainya untuk tujuan menambah kemahiran anak. Mungkin juga ada di kalangan ibubapa yang akan menghantar anak ke kem motivasi at ...
Selamat Menjalani Peperiksaan
2007-10-31 18:43:39
Nampaknya semua pelajar sedang bertarung dengan peperiksaan yang sangat penting sekarang. Peperiksaan Akhir Tahun sudah tentunya menentukan turun atau naik kelas bagi seseorang pelajar untuk sesi tahun hadapan. Namun demikian, masih ada lagi pelajar yang agak sambil lewa untuk menghadapi peperiksaan penting ini. Masih ada yang main² seolah-oleh peperiksaan ini hanya sekadar menjawab soalan semata-mata tanpa perlu mempastikan mendapat keputusan yang terbaik. Cikgu² telah mempastikan segala sukatan pelajaran untuk setiap mata pelajaran telah dihabiskan, jadi sudah tentunya tidak akan ada lagi pelajar yang beralasan tiada persediaan yang cukup. Keterangan gambar : Murid² tekun menjawab peperiksaan. Teruskan usaha kerana peperiksaan belum berakhir lagi (sehingga artikel ini dicatat). Pastikan kejayaan adalah milik anda.   Like What You Read? Subscribe Now For Updates!   Lagu Sekolah :   Share This ...
Hari Kemuncak Ko-Kurikulum
2007-10-28 07:17:19
Semalam selesai Hari Kemuncak Ko-Kurikulum SKTP 2007. Tahniah kepada pasukan Unit Beruniform Pengakap kerana merangkul gelaran Johan Kawad Kaki. Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar dan pasukan permainan yang berjaya dalam pertandingan yang diadakan. Terima kasih kepada semua guru kerana memberikan penuh komitmen menjayakan program ini, walaupun persediaan untuk peperiksaan yang bermula esok (29 Oktober) agak banyak. Jangan lupa kepada ibubapa untuk menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang yang akan diadakan pada 14 November 2007. Walaubagaimanapun, kami warga pendidik sekolah ini mengharapkan pemantauan lebih ibubapa kepada sebagai persediaan rapi untuk peperiksaan akhir tahun yang sangat penting ini. Jangan persiakan peluang yang ada. USAHA TANGGA KEJAYAAN! Share This ...
Raya & Peperiksaan
2007-10-07 09:22:52
Kurang seminggu lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Sekolah akan mula bercuti pada hari Rabu 10 Oktober 2007. Tentu ramai yang pulang ke kampung. Dan tentunya pelajar² akan seronok berhari raya bersama atuk dan nenek di kampung. Keterangan gambar : Ustaz Ku Ismail & Ustazah Mariam sedang sibuk mengetip kertas soalan peperiksaan. Walauapapun, jangan dilupa tentang peperiksaan akhir tahun yang akan bermula 29 Oktober 2007. Ini bermakna peperiksaan tersebut akan diadakan selepas sambutan hari raya nanti. Takut nanti terlalu leka berhari raya sehingga lupa tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar. Namun kami yakin dan percaya para ibubapa sudah tentunya lebih perihatin tentang perkara ini. Khas kepada pelajar² SKTP, bergembiralah tapi jangan lupa study… Like What You Read? Subscribe Now For Updates! Share This ...
Amp 



3617 blogs in our database.
Statistics resets every week.
eXTReMe Tracker